Monday, February 14, 2011

PERATURAN AM PERTOLONGAN CEMAS

Ada beberapa peraturan yang perlu dijadikan panduan untuk ahli-ahli pertolongan cemas:
1. Ahli pertolongan cemas tidak seharusnya menakut-nakutkan pesakit atau orang yang ditimpa kemalangan dengan kata-kata yang kurang meyakinkan.

2. Ahli pertolongan cemas hendaklah memberikan bantuan terhadap mana-mana kecederaan yang merbahaya terlebih dahulu.

3. Ahli pertolongan cemas hendaklah melonggarkan pakaian pesakit agar ianya sentiasa berada di dalam keadaan selesa dan juga supaya ianya mendapat udara yang secukupnya.

4. Elakkan orang ramai daripada berkumpul di sekeliling si pesakit.

5. Cuba dapatkan butir-butir peribadi si pesakit untuk memudahkan ahli pertolongan cemas berhubung dengan pihak-pihak tertentu.

6. Ahli pertolongan cemas hendaklah jangan cuba memberi bantuan yang berlebihan-lebihan kerana dikhuatiri akan memudaratkan lagi keadaan si pesakit.

7. Cuba pulihkan pernafasan sekuranya terhenti.

8. Jika berlaku perdarahan terhadap si pesakit,cuba hentikan pengaliran darah tersebut daripada keluar dengan banyaknya.

No comments:

Post a Comment